Wahai
Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan
mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan
mengecewakanmu..
Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..
Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu
untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat
subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari sholat berjemaah aku
tidak merelakan engkau tidur semula.. malahan aku ingin engkau menghidupkan
majlis taklim antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama
ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi
dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk
keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin
meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa
sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW
dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih
mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi
orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah
kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika di penghujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi
orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah
Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum
mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi berbagai
kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang
bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju
ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung
labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang
lain..
Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau
menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari
persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara
aku dan dirimu…
Tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan juga adalah
jalanku untuk ke syurgaNya..
Pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh
solehah..
Sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa
yang berlaku,
Kau tetap suamiku ketika itu..
Namun telah ku tekadkan dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang
ku perjuangkan kini…
Aku memberitahu segala ini terlebih awal karena aku tidak ingin engkau
menyesali jika perkara ini akan terjadi..
Karena itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari
yang terbaik untuk dirimu..
Kerana cukuplah Allah bagiku..
mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan ..
Tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang
terbaik..
Dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..
Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..
Kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di
jalan-Nya dan..
Ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir juga adalah di
jalan-Nya..terimalah diriku seadanya
Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia,
Kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..
Tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..
Cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu yaitu hamba Allah..
Kerana jika engkau sadar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu
sebagai hambaNya..
Jika tiada jodoh kita di dunia... semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..
Aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku
mencintaimu kerana Dia~